Friday, May 3

Sahabat Sejati atau Cinta Hati

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

      Hari saya ingin kongsikan kisah indah sebuah persahabatan. Sebuah persahabatan itu akan menjadi indah sekiranya persahabatan itu disulami dengan keikhlasan dan pengorbanan. Malah ia menjadi lebih manis dan jauh lebih hebat dari penangan cinta. 
      Hari saya ingin kongsikan sahabat saya iaitu FATIN NURFARHANA BINTI RASHID. Bukan teman, bukan cinta, tapi beliau lah sahabat saya yang telah banyak membantu saya dalam membentuk diri ini kuat, bersemangat dan bermatlamat. Bagi saya perkenalan ini merupakan satu anugerah Allah bagi saya yang sangat berharga, yang tidak dapat dibeli di mana-mana sekalipun. Saya bersyukur kepada yang Esa atas kurnian ini.
     Saya sangat kagum dengan kredebilitinya Fatin. Walaupun beliau seorang perempuan namun dia seorang yang berani, hebat, bertanggungjawab, ikhlas, lemah lembut dan yang paling mengharukan saya, beliau akan senantiasa menjadi pembakar semangat saya serta mengajak saya untuk lebih berani serta lebih hebat daripada orang lain. Apabila saya lemah, beliau sentiasa disisi serta tidak putus-putus memberikan semangat, dorongan dan tidak lain tidak bukan menjadi sahabat yang sering mendengar rintihan hati kecilk ini dan sedikit pun tidak pernah kelihatan bosan dengan belenggu yang saya hadapi. Jadi, kami sering menghadapi suka duka tangis tawa bersama tanpa kehadiran sesiapa.
        Pembaca mesti hairan, kami berlainan jantina namun saya dan Fatin tidak bercinta. Untuk pengatahuan semua. Pada awal persahabatan lagi kami telah meletakkan syarat supaya kami tidak akan bercinta sesama sendiri. Kami jelas dengan hubungan kami serta kami tidak akan raguinya sama sekali. Bagi saya, sahabat dan percintaan tidak boleh disalah ertikan kerana saya tidak mahu dek kerana cinta, persahabatan kami musnah sekelip mata. Dan apa yang membuatkan persahabatan ini hebat ialah kami ikhlas. Bagaimana? kami ikhlas bersahabat dengan tidak mengharapkan apa-apa pulangan sama ada dari segi bentuk wang apatah lagi perasaan cinta mencintai.
            Tidak dapat saya nafikan bahawa ramai daripada teman-teman kami ingin jadi seperti kami. Namun mereka semua kecundang dek panahan cinta dan ada yang akhirnya makan hati dan persahabatan mereka terkubur begitu sahaja. Sungguh menyedihkan. Bagi saya, jika niat kita benar, suci, ikhlas. In syaa Allah, persahabatan yang terjalin dilindungi Allah daripada syaiton yang direjam daripada melakukan perkara-perkara maksiat. Jadi, nasihat saya bersahabatlah kerana Allah dan ikhlaslah bersahabat. Buangkan rasa benci dan iri hati. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah, yang kurang baik datangnya dari kelemahan diri kita sendiri.


No comments:

Post a Comment