Saturday, November 17

Andai Kita mengerti ..

Selagi mana kita berpijak di dunia ini, kita semua adalah sama disisi-NYA. Tiada siapa pun yang tahu bagaimana berakhirnya riwayat seorang anak Adam itu. Selagi masa berputar, nadi berdegup, nyawa masih dikandung badan mereka masih lagi mampu untuk berubah. Siapa tahu, mungkin jauh lebih mulia disisi yang Maha Esa daripada kita semua. Ingatlah. mereka yang lemah harus dibantu, dipimpin untuk terus berada di jalan Kebenaran. Bukan dihina, dimaki, dicaci lantas hanyut dibawa arus kegelapan.

Thursday, November 15

Displin tangga kejayaan

Saya percaya ramai diluar sana mengimpikan sebuah kejayaan. Namun, tidak semua yang mengecapinya. Mengapa? Salah satu daripadanya ialah mereka tidak berdisplin. Mereka ambil mudah dan tidak bersungguh-sungguh didalam usaha mereka. Percayalah tiada kejayaan yang datang bergolek begitu sahaja. Berusahalah dan yakinlah pada ALLAH(bagi yang muslim). Insya-ALLAH kelak anda berjaya. Sesungguhnya ALLAH itu maha adil.

Wednesday, November 14

Hari Pertama aku sebagai Blogger

Tanggal 14 November 2012, dengan rasminya aku bergelar sebagai seorang Blogger. Apa yang ingin aku ketengahkan di dalam blog ini ialah lebih kepada perkongsian serta pengalaman hidup yang penuh warna warni serta penuh cabaran dan dugaan.