Blog ini dibina atas dasar perasaan ingin berkongsi pengalaman blogger kepada anda diluar sana. Blog ini tiada kaitan antara makhluk-2 diluar sana. kerana ia sekadar perkongsian dan pendapat blogger semata-2. Selamat menerokai di blog ini.
Saturday, November 17
Andai Kita mengerti ..
Selagi mana kita berpijak di dunia ini, kita
semua adalah sama disisi-NYA. Tiada siapa pun yang tahu bagaimana
berakhirnya riwayat seorang anak Adam itu. Selagi masa berputar, nadi
berdegup, nyawa masih dikandung badan mereka masih lagi mampu untuk
berubah. Siapa tahu, mungkin jauh lebih mulia disisi yang Maha Esa
daripada kita semua. Ingatlah. mereka yang lemah harus dibantu,
dipimpin untuk terus berada di jalan Kebenaran. Bukan dihina, dimaki,
dicaci lantas hanyut dibawa arus kegelapan.
Thursday, November 15
Displin tangga kejayaan
Saya percaya ramai diluar sana mengimpikan sebuah kejayaan. Namun, tidak semua yang mengecapinya. Mengapa? Salah satu daripadanya ialah mereka tidak berdisplin. Mereka ambil mudah dan tidak bersungguh-sungguh didalam usaha mereka. Percayalah tiada kejayaan yang datang bergolek begitu sahaja. Berusahalah dan yakinlah pada ALLAH(bagi yang muslim). Insya-ALLAH kelak anda berjaya. Sesungguhnya ALLAH itu maha adil.
Wednesday, November 14
Hari Pertama aku sebagai Blogger
Tanggal 14 November 2012, dengan rasminya aku bergelar sebagai seorang Blogger. Apa yang ingin aku ketengahkan di dalam blog ini ialah lebih kepada perkongsian serta pengalaman hidup yang penuh warna warni serta penuh cabaran dan dugaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)